0192625146 Semudah Abc Untuk Membeli Rumah Pertama Di Bawah Koperasi Hartanah Anggun Berhad

CELIK HARTANAH

Our vision

  • Menyediakan perkhidmatan pemasaranperundingan dan pemilihan dalam pemilikan hartanah di kalangan Kakitangan Kerajaan Malaysia.
  • Memberi perkhidmatan nasihat pembiayaan, guaman dan pengurusan pelaburan hartanah kepada pelanggan.
  • Menjadi pemangkin kepada pembangunan hartanah dan pemasaran di Malaysia.
  • Membangunkan usahawan hartanah bertauliah melalui rekrutmen bersama pihak Kolej Komuniti dan institusi yang diiktiraf dibawah Program Akademi Anggun.
  • Mengkaji serta meningkatkan bidang pemasaran dan komunikasi yang melibatkan perhubungan awam, prospek, pemasaran digital dan peruncitan dalam persekitaran perniagaan yang dinamik.
  • Mendidik dan memberi pendedahan mengenai pemilikan dan pelaburan hartanah di Malaysia.
  • Mewujudkan perumahan bandar baru dibawah Koperasi Hartanah Anggun Berhad sendiri sebagai pemaju.

About Us

KOPERASI HARTANAH ANGGUN BERHAD (W-5-1201) telah didaftarkan pada 18 Januari 2018 dibawah subsekyen 7(1) Akta Koperasi 1993.
Koperasi Hartanah Anggun Berhad bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan jualan dan sebagai konsultan jualan hartanah bagi unit-unit perumahan pihak pemaju dengan menggunakan konsep agensi.
Setiap agensi yang dilantik merupakan ahli koperasi berdaftar yang tertakluk kepada Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi Hartanah Anggun Berhad.
Disamping itu Koperasi Hartanah Anggun Berhad juga membangunkan sektor hartanah melalui kerjasama dengan entiti luar sama ada melalui kerjasama Join Venture (JV) atau sebagai pemaju perumahan.

Hartanah antara pelaburan berpotensi baik kerana pulangannya berbentuk:

  1. Pendapatan (sewaan/pajakan)
  2. Keuntungan (Kenaikan nilai modal/capital appreciation)
  3. Kepuasan/satisfaction (Jika didiami memberikan kepuasan iaitu privasi)
  4. Wakaf/Charity ( Harta boleh diwakafkan/chatity bagi pulangan ‘pahala’ selama-lamanya/perpetuity)

1⃣ SEMAK KELAYAKAN

 

✅ Bagi penjawat awam cuma perlu bagi slip gaji terkini untuk kiraan kelayakan.

 

✅ Bagi pekerja swasta, perlu bagi slip gaji dan senarai komitmen semasa dengan pihak bank. Cara yang paling mudah, semak kelayakan di bank panel projek rumah yang ingin dimohon

 

2⃣ PILIH PROJEK RUMAH YANG INGIN DIMOHON

 

👉 berdasarkan kelayakan dan kemampuan yang telah disemak pada peringkat pertama tadi

 

👉 Jangan risau, kami ada lebih 50 lokasi rumah zero deposit hampir di seluruh Semenanjung Malaysia. Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu

Celik Hartanah – Nurliyana Hasim
0192625146

3⃣ ISI BORANG DAN SEDIAKAN DOKUMEN LENGKAP

 

👉 Tanpa perlu bayar duit tempahan atau deposit tau

👉 Pastikan dokumen lengkap ye

 

4⃣ TUNGGU KELULUSAN PINJAMAN

 

👉 Bagi pinjaman bank, anggaran tempoh masa dalam 2-3 minggu sudah tahu status pinjaman. Ada bank yang menawarkan pinjaman 100% bagi rumah pertama tau (setakat hari ni, semua pembeli kami mendapat pinjaman 100%)😍

 

👉 Bagi penjawat awam yang menggunakan pinjaman perumahan sektor awam (LPPSA), anggaran tempoh masa 2-3 bulan untuk mengetahui status permohonan (kenapa lama sangat? Ada bahagian teknikal yang perlu diuruskan. Lagi BEST, urusan teknikal dari A-Z akan diuruskan oleh pihak kami)

Celik Hartanah – Nurliyana Hasim
0192625146

Contact us

Leave us a note and we will get back to you for a free consultation

Nota kecil tentang pulangan pelaburan vs kadar pulangan:

Pulangan pelaburan ialah keuntungan diterima melebihi modal yang dilaburkan. Pelaburan ini banyak kategorinya dengan kadar prestasi pulangan yang berbeza-beza bergantung kepada risiko. Semakin tinggi risiko semakin tinggi pulangan juga bermaksud kemungkinan anda kehilangan modal jika pelaburan tiada untung atau sebaliknya.

Di dalam penilaian, adalah biasa Penilai melihat kadar pulangan (yield) sesuatu harta dengan melihat kepada kadar nilai pasaran sewa semasa bersih x 12 dibahagikan dengan nilai modal kemudian didarab 100%. Sewa bersih ialah sewa setelah ditolak kos outgoings. Peratusan ini digunapakai di dalam penilaian samada bagi maksud mendapatkan nilai kini (Present Value) atau mendarab angka tahun belian (Years Purchase YP) samada untuk mendapatkan nilai kini daripada masa depan (korang pening nak faham ni; sebab yang belajar penilaian pun pening juga), pendapatan modal atau di tempoh pengembalian.

Ramai yang menyangka dengan mendapat sejumlah peratus kadar pulangan sahaja sudah mencukupi untuk menilai pulangan pelaburan tersebut. Sebenarnya ada beberapa perkara penting yang perlu diambilkira:

a) Outgoings (Perbelanjaan tahunan seperti seperti cukai pintu, cukai tanah, insuran, pembaikan dan penyelengaraan serta contigencies (kos kecemasan)

b) Bandingkan juga peratusan kadar pulangan dengan peratusan kadar faedah pinjaman bank, jika peratus kadar pulangan lebih tinggi daripada kadar pinjaman bank maka masih ok.

c) Bagi pemilik yang menyewa rumah, kebanyakan membuat perbandingan perbezaan antara jumlah pinjaman bank dengan sewa yang diterima. Ada yang mahu menyewa melebihi jumlah bayaran bulanan yang dibuat kepada Bank. Ramai yang tersilap disini, sewa tidak boleh mengikut jumlah bayaran balik pinjaman bank tetapi hendaklah mengikut nilai sewa semasa.

d) Tengok juga peratusan kenaikan nilai modal setiap tahun sebagai perbandingan. Kemungkinan jika kadar pulangan melalui kiraan sewa rendah tetapi kadar peratusan nilai modal adalah tinggi, pelaburan atau pembelian tersebut juga baik.

e) Bagi Penilai hartanah, mereka akan membuat analisis cashflow samada payback period atau NPV/IRR bagi mengetahui samada sesuatu pelaburan itu menguntungkan atau sebaliknya. Kadar pulangan digunapakai sebagai pekali dalam pengiraan.

Semoga bermanfaat. Mohon tambah jika ada sebarang penambahan.

Badan Berkanun Yang Layak Pembiayaan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Apakah yang dimaksudkan dengan Kakitangan Kerajaan?
Apakah pula maksud Badan Berkanun?

Sebenarnya terdapat beberapa bahagian di dalam struktur pewujudan jawatan.

Contohnya seperti Badan Berkanun, adakah ia dikira Kakitangan Kerajaan? Jadual di bawah dikongsikan istilah atau terma yang perlu anda fahami untuk membezakan badan-badan yang ada di Malaysia.

Share This: