3 perkara di atas, sekiranya berlaku dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial disaster.
Kenapa saya katakan sedemikian rupa?
Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, seseorang akan
- Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
- Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
- Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.
Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.
Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster atau malapetaka kemalangan.
Solusi – Income Protection Plan Takaful
“Jadi, apakah solusinya?”
Solusinya ialah income protection plan takaful.
Dalam solusi income protection plan takaful ini, pelanggan menggunakan plan takaful yang menyediakan jumlah coverage yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.
Contoh kes:
Sebagai contoh, seseorang yang berusia 30 tahun, dengan pendapatan 5,000 sebulan.
Berikut adalah cara pengiraaan income protection plan takaful/ plan takaful penggantian pendapatan;
Gaji tahunan = RM5,000 x 12 bulan = RM60,000
Cara Mengira Jumlah Coverage Atau Pampasan
Ada dua cara untuk mengira jumlah coverage yang diperlukan;
1) Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal)
2) Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara Pengekalan Modal)
Kaedah pertama ialah Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal), dengan cara berikut:
Dengan kaedah ini, jumlah coverage yang diperlukan adalah bersamaan dengan 10 tahun pendapatan seseorang.
Dalam kes di atas, jumlah coverage minima yang diperlukan ialah RM600,000 atau bersamaan dengan 10 tahun gaji.
Kenapa 10 tahun gaji? Sebabnya, supaya coverage tersebut dapat menggantikan pendapatan pemegang polisi selama 10 tahun. Jadi ada masa 10 tahun sekiranya berlaku musibah kematian atau lumpuh kepada pemegang polisi, untuk dia atau / dan keluarganya menerima pendapatan yang hilang akibat kematian atau lumpuh.
Kaedah ini juga diguna untuk kes-kes sakit kritikal, dengan jumlah perlindungan bagi penyakit kritikal bersamaan 3 hingga 5 tahun pendapatan seseorang.
Kaedah kedua pula dipanggil Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara Pengekalan Modal).
Kaedah ini, memerlukan pengiraan berdasarkan “passive income” atau pendapatan pasif yang perlu dihasilkan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.
Pasif income yang diperolehi adalah berdasarkan ROI yang paling mudah diperolehi, jika dalam konteks Malaysia adalah ASB atau Tabung Haji yang boleh memberi pulangan sebanyak 6% hingga 8%.
Berdasarkan sampel kes di atas, untuk mendapatkan pulangan dengan ROI 6% yang menyamai RM60,000 setahun adalah RM1,000,000. Ini bermakna, wang sebanyak RM1 juta diperlukan untuk diletakkan dalam Tabung Haji atau ASB untuk menjana pendapatan pasif / passive income sebanyak RM60,000 setiap tahun.
Jadi, melalui kaedah ini, seseorang yang berpendapatan RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun memerlukan perlindungan pendapatan sebanyak RM1 juta supaya sekiranya beraku kematian atau lumpuh, wang pampasan Rm1 juta tadi dapat digunakan untuk menghasilkan pendapatan pasif yang bersamaan pendapatan bulanannya yang hilang akibat kematian atau lumpuh.
Kelebihan kaedah kaedah yang kedua ialah; wang pampasan tidak akan menyusut kerana wang yang diambil hanyalah wang keuntungan sahaja.
APAKAH SOLUSINYA?
Untuk menyediakan dana kecemasan sebagai INCOME PROTECTION PLAN TAKAFUL atau PLAN TAKAFUL PENGGANTIAN PENDAPATAN INI, hanya perlu memperuntukkan 10% sahaja daripada jumlah pendapatan untuk plan ini.
Dalam contoh kes di atas, beliau hanya perlu peruntukkan RM500 maksima setiap bulan untuk melanggan income protection plan takaful bagi tujuan ini.
Sebagai contoh, ini contoh illustrasi dengan hanya RM400 sebulan yakni kurang 10% daripada jumlah tadi untuk perlindungan income protection plan takaful ;
- Kematian RM1,000,000
- Lumpuh RM1,000,000
- Sakit Kritikal RM300,000
- Waiver – sumbangan percuma apabila disahkan penyakit kritikal
Ini adalah contoh illustrasi takaful INCOME PROTECTION untuk peserta;
– Lelaki
– 26 tahun
– Bergaji RM2,000 sebulan
Dengan memperuntukkan RM100 sahaja sebulan, bersamaan 5% SAHAJA daripada gajinya, beliau mendapat manfaat:
1. Kematian dan lumpuh RM200,000
2. Penyakit Kritikal RM100,000
3. Waiver
4. Tempoh matang 100 tahun
5. Hibah
1. Kematian dan lumpuh RM200,000
Ia bersamaan dengan 100 bulan pendapatannya atau hampir 10 tahun pendapatan jika berlaku kematian dan lumpuh. Fungsi INCOME PROTECTION untuk menggantikan pendapatannya yang hilang akibat tidak mampu bekerja apabila berlaku kematian dan lumpuh.

2. Penyakit Kritikal RM100,000
70% kematian penduduk Malaysia adalah disebabkan 4 penyakit kritikal seperti diabetik, serangan jantung, stroke dan kanser. Jadi manfaat ini perlu sebagai sokongan untuk plan INCOME PROTECTION ini yang bersamaan dengan 50 bulan gaji beliau yakni hampir 5 tahun gaji.
3. Waiver
Fungsinya, apabila berlaku penyakit kritikal sudah tentu tidak mampu lagi bekerja. Jadi dengan manfaat ini meringankan beban beliau untuk membayar caruman takaful selepas disahkan penyakit kritikal.
4. Manfaat ini cover sehingga 100 tahun.
Kenapa 100 tahun? Sebab, berdasarkan teknologi kesihatan dan perubatan dunia, usia jangka hayat manusia semakin panjang.
Jika buat hingga 60 atau 70 tahun, tidak boleh dipanjangkan ke 100 tahun. Tapi jika ambil hingga 100 tahun, apabila sampai usia 60-70 tahun, pengguna ada pilihan untuk teruskan atau tamatkan. Sebab itu, sebaiknya ambil paling panjang tempohnya.
5. Dia boleh HIBAHKAN kepada pasangannya 100% manfaat apabila berlaku kematian.
Inilah baru HIBAH yang sebenar.
Ya, RM100 sahaja caruman untuk manfaat setinggi ini.
5% sahaja peruntukan untuk INCOME PROTECTION.
Rule of thumb untuk melanggan takaful; CARUMAN paling rendah untuk COVERAGE paling tinggi.
Jika ada plan HIBAH yang lebih nilai, kenapa perlu bayar lebih untuk dapat manfaat yang sama?
Bandingkan dengan plan HIBAH lain yang ada di pasaran.
Berminat?
Free consultation n quotation ??
Call me
Nurliyana Hasim
0192625146
klik link ini untuk free consultation