Para isteri, saya ingin anda bayangkan perasaan anda.
Apa perasaan anda jika pasangan anda yang masih disisi anda menghadiahkan kepada anda RM1 juta? Sudah pasti anda gembira bukan. Andai diberi sekuntum bunga pun hati kita telah berbunga-bunga, apatah lagi RM1 juta.
Ketika suami anda di sisi, suamilah tempat kita menumpang kasih, berkongsi suka duka. Tetapi tak semua yang dirancang menjadi kenyataan. Takdir dan perancangan Allah lah yang terbaik untuk kita.
Andai jodoh kita tidak panjang. Allah lebih sayangkan suami kita. Adakah kita sebagai isteri telah bersedia? Tanya diri kita. Adakah kita telah bersedia? Atau kita sendiri ragu-ragu? Atau kita terus terdiam, kelu untuk menjawabnya?
Justeru itu, saya juga sebagai seorang wanita, isteri dan ibu kepada anak saya, sudah pasti saya akan berasa cuak, takot dan macam-macam lagi perasaan andai saya tidak mempersiapkan diri saya jika perkara itu berlaku.
Saranan saya kepada wanita-wanita hebat dan kuat di luar sana, sama-sama kita upgrade ilmu kita dan ambil tahu tentang hak kita.
Salah satunya adalah dengan menyediakan 1 polisi iaitu Loving Couple Policy ini. Di bawah ini, saya letakkan 1 flyer untuk anda.