Bagaimana hendak memperbaharui roadtax ?
Tak perlu risau, kami boleh membantu anda. Kami berpegang pada kata-kata kami “Khidmat Kami Untuk Anda”.
Kami akan bantu anda dengan menerangkan cara bagaimana hendak memperbaharui cukai jalan (Roadtax) kenderaan anda. Hal ini, ada pun di antara anda yang mungkin terlupa cara hendak membuat pembaharuan, maklumlah tempoh roadtax bukan sekadar beberapa bulan, ada juga di kalangan anda yang baru kali pertama hendak membuat cukai jalan kenderaan, kenderaan barulah katakan. Tahniah kepada anda yang memiliki kenderaan baru.
Baiklah, mari kami tunjukkan cara hendak mempebaharui cukai jalan anda.
Perkara yang diperlukan sebelum memperbaharui Roadtax ?
Sebelum anda hendak membuat pembaharuan cukai jalan kenderaan, anda harus pastikan dimana anda mempunyai NOTA PERLIDUNGAN (Cover Note) yang lepas iaitu Nota Perlindungan tahun akhir anda perbaharui. Jika anda tiada nota perlindungan tidak mengapa, anda juga boleh kemukakan kepada kami geran kenderaan milik anda atau si pemilik, polisi lama atau pun reminder.
Buat anda yang kali pertama membuat roadtax anda hanya perlu kemukakan GERAN sahaja.
Seterusnya, kami perlukan maklumat NCD ( Non-Claim Discount ) / NCB ( Non-Claim Bonus) bagi mengurangkan kadar insurans kenderaan anda. NCD anda akan meningkat selagi tidak berlaku sebarang musibah terhadap kenderaan anda, dan NCD anda akan menjadi kosong jika berlaku risiko pada kenderaan anda bagi perlindungan Komprehensif dan 3rd party.
Jika ada saman bagaimana pula hendak perbaharui Roadtax ?
Tidak mengapa, jika ada saman SPEED TRACK, anda masih boleh lagi membuat roadtax. Untuk langkah berjaga-jaga anda perlu pastikan dimana anda sudah menyelesaikan segala saman anda seperti saman Polis, JPJ dan sebagainya. Jika terdapat saman anda tertangguh, maka pihak kami sukar untuk membuat pembaharuan cukai jalan kenderaan anda. Oleh itu sama-samalah kita patuhi undang-undang jalan raya.
Berapa kadar bayaran insurans dan roadtax ?
Apabila semua perkara diatas sudah selesai, barulah anda boleh memperbaharui cukai jalan anda. Dalam kiraan kami untuk insurans kenderaan anda, kami akan merujuk pada jumlah yang diinsuranskan, kapasiti kenderaan serta NCD kenderaan anda. Selepas itu barulah anda boleh membayar jumlah insurans dan roadtax kenderaan anda.
Buat pengatahuan anda, kiraan kami adalah berbeza mengikut jenis perlindungan yang anda insuranskan seperti 1st Party atau 3rd Party.
Mari kita lihat jenis-jenis perlindungan yang mempengaruhi kiraan insurans dan roadtax anda:
√ Perlindungan Kemalangan Diri Individu, Pemandu atau Penumpang
√ Kenderaan Persendirian
Kadar roadtax pula di tentukan oleh beberapa perkara seperti berikut :
√ Jenis pemilikan (Individu/Syarikat)
√ Jenis kenderaan (Engine Desel/Petrol)
√ Kapasiti / CC kenderaan
√ Kawasan (Semenanjung, Sabah & Sarawak)
Cara pembayaran ?
Senang sahaja, anda bole membayar dengan bank in dalam tempoh 5 hari bekerja.
Jika anda tidak berkesempatan untuk mengambil cukai jalan kenderaan anda, kami boleh menghantarkan cukai jalan tersebut dengan menggunakan Pos, dimana setiap Pos akan di caj sebanyak RM 3.50 sahaja. Oleh itu, dengan menggunakan perkhidmatan Pos, ia boleh menjimatkan masa anda serta memudahkan lagi kerja anda.
Pihak kami pula akan membuat pendaftaran roadtax dan pembayaran roadtax kereta anda melalui system online iaitu myeg dan bagi insuran pula kami menggunakan system online Takaful ikhlas untuk menghidupkan perlindungan kenderaan anda.
Peringatan untuk anda yang telah memperbaharui roadtax kenderaan dan insurans, sila simpan nota perlidungan (cover note) anda bagi memudahkan urusan serta rujukan pada masa akan datang. Urusan pembaharuan juga boleh dilakukan dua bulan sebelum roadtax anda expired.
Dapat sebutharga segera & pembaharuan online disini. Mohon kini!
Langkah 1: Pelanggan mengisi borang di bawah
Langkah 2: Pelanggan akan menerima sebut harga dalam masa selewat-lewatnya tiga hari bekerja.
Langkah 3: Pelanggan bersetuju / ingin meminda sebut harga, dan membuat pembayaran.
Langkah 4: Pelanggan menerima roadtax dalam tempoh tiga hari (Kuala Lumpur dan Lembah Klang) atau empat /lima hari (Luar Kuala Lumpur dan Lembah Klang).
(NOTA: Roadtax kereta boleh diperbaharui sekalipun tanpa geran di tangan ada)