“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi Takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami memiliki polisi isteri dan isteri memiliki polisi suami.
Takaful TIDAK menjanjikan kita kaya, tapi, apabila berlaku musibah, ia tidak membebankan keluarga yang tercinta dengan masalah kewangan | Untuk Suami & Isteri Loving Couple Policy
Kehidupan ini adalah satu pinjaman dan tiada siapa yang mampu meramal apa yang akan terjadi di masa hadapan. Jangankan masa hadapan, esok pun tidak dapat diramalkan. Jangankan esok, sejam, seminit dan sesaat selepas ni kita tidak mampu meramalkan apa yang akan terjadi.
Justeru itu, sebagai suami mithali dambaan isteri, apa persiapan kita untuk isteri dan anak- anak syurga kita? Adakah esok masih ada sinar harapan untuk mereka jika kita telah tiada di dunia lagi semalam?
Apa persiapan kita? Fikir dan tanya. Tepuk dada tanya diri sendiri.
Adakah dengan hanya menyerahkan nasib kepada Yang Maha Esa? Atau
Adakah dengan hanya berpeluk tubuh mampu membantu dan rezeki datang dari Yang Maha Esa?
Untuk pasangan suami isteri, saya suka berkongsi tentang satu plan yang sangat comprehensive dan mampu milik untuk merealisasikan anda sebagai suami mithali dambaan isteri
Pernah dengar konsep “Loving Couple Policy” takaful?
Ia bukan produk takaful, tapi konsep dalam melanggan takaful.
1) Tidak perlu letak nama pasangan sebagai penama / hibah kerana pasangan adalah pemegang sijil. Penama atau hibah boleh diletakkan nama anak / ibu bapa yang hanya berfungsi jika berlaku kematian serentak suami isteri.
2) Tidak ada isu faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yg masih hidup.
3) Tidak perlu dijadikan hibah kerana faktor no (2)
4) Ia lebih selamat berbanding meletakkan nama pasangan sebagai hibah yang bila-bila masa pemilik polisi boleh ubah penama hibah dalam polisi tanpa pengetahuan penerima hibah.
5) Atas faktor nombor 4, jika hendak buat perubahan perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Jika hanya satu pihak yang setuju, maka perubahan tidak boleh dilakukan.
6) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah “dibayar” oleh pasangan yang sudah pergi.
Dengan kata lain;
Polisi A : Suami sebagai pemegang polisi dan isteri sebagai peserta, dan
Polisi B : Isteri pula sebagai pemegang polisi dan suami sebagai peserta.
Berbanding situasi langganan polisi biasa; Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan.
KEDUA-DUA POLISI ADA RIDER MANFAAT PEMBAYAR ATAU “PAYOR SAVING / PAYOR BENEFIT”
BERBANDING SITUASI LANGGANAN POLISI BIASA; SUAMI MELANGGAN SATU POLISI, DAN ISTERI MELANGGAN SATU POLISI – DENGAN NAMA PEMILIK SENDIRI TANPA NAMA PASANGAN.
Walaubagaimanapun, andai perkara ini telah dibuat, ada kemungkinan ia tidak mencapai matlamat asal disebabkan faktor-faktor seperti di bawah ini. Jadi besar harapan saya agar setiap dari kita faham…bukan sekadar faham sahaja…tapi benar- benar faham dan ambil peduli tentang polisi anda. Saya tidak nafikan ramai di luar sana yang sekadar ambil polisi takaful tanpa faham, ambil polisi takaful sebab sedara mara, adik beradik atau kawan-kawan jadi agent takaful. Dan tak kurang juga yang ambil polisi takaful sebab bos anda juga agent partime. PARAH! Jika inilah sebab anda mengambil takaful!
Ok berbalik kepada isu yang saya nyatakan tadi. Akan ada perkara-perkara yang kita perlu lihat untuk memastikan loving couple policy ini mencapai objektifnya. Ini kerana, jika perkara-perkara yang bakal saya kongsikan di bawah ini berlaku, maka sekian sahaja la hayat plan anda.
Selepas beberapa ketika, suami tak bayar pun polisi berkenaan dan ia menjadi lapse. Suami tukar nama penerima hibah kepada nama orang lain atau tambah penerima hibah lain tanpa pengetahuan isteri.
Pernahkah anda terfikir tentang ini? Khususnya buat isteri-isteri diluar sana. Ingatkan langit cerah hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Tu ok lagi. Kalau hujan sampai malam? Kalau hujan turun tak berhenti-henti?
Selama hampir 9 tahun saya di dalam industri takaful ini, banyak yang saya belajar, lihat, dengar dan ambil pelajaran.
Ada peristiwa yang selepas kematian suami, si isteri datang ke pejabat dengan membawa polisi arwah suami. Dengan harapan ada sinar untuknya dan anak-anak. Tapi.malangnya setelah disemak, polisi tersebut telah lapsed. Runtuh jiwa..mati hati dan mati akal si isteri. Bagaikan sudah jatuh kerana kematian suami tercinta, sekarang ditimpa tangga pula kerana satu-satunya harapan yang telah dibina rupa-rupanya turut musnah dengan sekelip mata.
Jadi para isteri, TOLONGLAH ambil tahu, ambil peduli tentang perkara ini. Jika anda tidak amibil peduli sekarang, kelak tiada siapa yang akan ambil peduli tentang anda. Percayalah cakap saya.
Untuk sebarang FREE CONSULTATION boleh hubungi saya atau watsup saya di :